Pengenalan

Cubaan pertama aku untuk mewujudkan blog khas yang bercerita mengenai motosikal khususnya motosikal kuasa tinggi. Fokus aku lebih kepada pengenalan, pengendalian, senggaraan, keselamatan dan lain-lain perkara yang melibatkan motosikal kuasa tinggi. Aku tengok tak banyak blog di Malaysia yang bercerita mengenai motosikal kuasa tinggi. Kebanyakkannya lebih kepada berita mengenai motosikal atau kisah ride dan TTS. Jadi, aku harap aku dapat wujudkan satu blog untuk bercerita pasal motosikal dari sudut pandangan aku…seorang newbie.

Menunggang motosikal melibatkan risiko yang tidak dihadapi oleh pengguna jalan raya yang lain. Motosikal tak ada kestabilan yang sama macam kereta dan lebih terdedah kepada bahaya jika berlaku kemalangan. Saiz motosikal juga kadang-kadang mendatangkan masalah sebab motosikal bersaiz kecil berbanding kenderaan lain di atas jalan raya. Sesetengah pengguna jalan raya khususnya mereka yang tidak pernah menunggang motosikal mungkin tidak memberi tumpuan kepada penunggang motosikal semasa memandu. Perkara ini memberi risiko kepada penunggang motosikal.

Tidak ada siapa pun yang sempurna, baik pemandu mahupun penunggang motosikal. Tetapi peluang untuk memperbaiki diri sentiasa ada. Apa yang penting, semua pengguna jalan raya perlu mempunyai kesedaran dalam aspek keselamatan di jalan raya sebab kita semua berkongsi risiko kemalangan bila berada di atas jalan raya.

Hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

Faktor Kemalangan

Sumber Gambar : MSF Rider Handbook

Advertisements

One comment

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s