Jenis-jenis motosikal yang anda perlu tahu

Pertama-tama sekali kalau kita nak kenal @ belajar pasal motosikal ni, kita kenalah kenal jenis-jenis motosikal tu dulu, ye tak? Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, jatuh cinta barulah semangat nak beli motosikal tu datang (walaupun harganya mahal yang amat).

Aku pun baru tahu sebenarnya jenis-jenis motosikal kuasa tinggi ni. Ingatkan semuanya sejenis je, haha. Cuma kadang-kadang istilah yang orang pakai tak sama. Di Eropah mungkin pakai istilah lain, US mungkin pakai istilah lain. Jadi aku cuba ambil tengah-tengah. Okay, untuk permulaan ni jom kita tengok jenis-jenis motosikal kuasa tinggi yang ada.

Sport Bike/Super Sport

CBR1000R

Orang kata motosikal jenis ni raja segala motosikal (orang yang kata ye). Orang yang minat pada kelajuan mesti minat motosikal jenis ni. Senang cerita ni jenis motosikal lumba la. Kaki layan corner, kaki meleper atau yang selalu layan litar (yang berdekatan rumah korang) guna motosikal jenis ni.  Tengok pada gambar pun dah boleh nampak motosikal ni jenis potong angin punya. Motosikal super sport selalunya mempunyai kuasa enjin yang sangat power. Handling agak tajam dan sesuai untuk penunggang yang berpengalaman. Budak baru belajar perlu berhati-hati untuk menunggang motosikal jenis ni. Kedudukan badan penunggang agak membongkok sedikit. Selalunya motosikal dilengkapi fairing penuh.

Sport Touring

Yamaha FZ6R

Motosikal jenis ni sesuai untuk yang kurang gemar kelajuan tahap dewa yang ada pada motosikal jenis Super Sport tetapi masih mahukan kelajuan dan keseronokan menunggang. Handling kurang tajam tetapi masih berbahaya jika kurang pengetahuan dan pengalaman. Kedudukan badan agak tegak sedikit (upright position). Sesuai untuk orang yang sukakan tunggangan agak santai atau untuk jarak perjalanan yang jauh (disebabkan kedudukan badan agak tegak, takde la sakit pinggang). Terdapat dua jenis iaitu full fairing dan half fairing.

Naked

Honda CB1000R

Motosikal jenis ni lebih kurang macam adik kepada Super Sport. Dari segi kelajuan, naked kurang sikit je tapi handling masih tajam. Perlu tumpuan penuh penunggang. Sebab apa namanya naked (bogel)? Sebab motosikal jenis ni takde fairing depan. Tengok pada gambar tu pun dah boleh faham dah rasanya. Kedudukan badan agak tegak sedikit, sama macam Sport Touring. Disebabkan tak ada fairing/windsheild untuk menahan rintangan angin, badan kena tough sikit la untuk lawan angin yang menampar-nampar manja di dada. Tambah lagi kalau bawak laju melebihi kelajuan cahaya.

Touring

Honda-Goldwing

Motosikal jenis ni aku suka tapi aku keberatan nak bawak. Besar dan berat. Korang tengok je lah gambar tu. Dah boleh bayang keberatannya kan? Handling untuk motosikal jenis ni agak lain sikit sebab saiznya yang agak besar dan berat. Tambahan pulak lebar motosikal pun berbeza kalau nak dibandingkan dengan jenis Super Sport, Sport Touring atau Naked. Motosikal jenis ni direka cipta untuk touring. Bermakna motosikal jenis ni selalunya mempunyai fairing depan dan tepi yang besar dan windsheild yang lebih tinggi. Motosikal Touring mempunyai kapasiti tangki minyak yang besar dan dilengkapi dengan side box (panniers) dan top box, sesuai dengan fungsinya untuk perjalanan yang sangat jauh. Kedudukan penunggang tegak dan santai dengan kusyen yang sangat empuk. Kadang-kadang tu rasa macam duduk atas sofa kat rumah pulak. Ada sesetengah motosikal jenis ni juga dilengkapi dengan reverse gear.

Adventure Touring

BMW F800GS

Khusus untuk mereka yang gemarkan tunggangan adventure. Kalau korang merancang nak pakai motosikal unutk mengembara menjelajah dunia, motosikal jenis ni la patut jadi pilihan korang. Motosikal jenis ni mempunyai seat yang agak tinggi (high ground clearance), tangki minyak yang besar dan posisi penunggang juga lebih tegak. Motosikal boleh digunakan untuk jarak perjalanan yang sangat jauh merangkumi on road and off road.

Cruiser

Harley Davidson

Motosikal easy ride. Easy to ride? Tak jugak. Kena ada ilmu baru boleh tunggang motosikal macam ni. Ada jugak yang panggil motosikal chopper. Tapi yang paling glamer aku rasa Harley Davidson la. Glamer dengan harganya yang mahal gila di Malaysia. Motosikal jenis ni antara motosikal pilihan penunggang wanita di kebanyakan negara Eropah sebab seat height tak berapa tinggi. Sesuai untuk orang yang mempunyai ketinggian 160cm ke bawah. Cara tunggangan juga agak santai dan rileks. Kedudukan badan tegak dengan kedua-dua kaki sedikit ke depan.

Skuter

Honda_PCX150

Direka cipta untuk kegunaan di kawasan bandar, motosikal jenis ni ada peminatnya yang tersendiri. Lebih praktikal untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja dalam bandar kerana transmisinya automatik (tak perlu pening kepala dengan klac dan gear) dan pengendaliannya agak mudah. Tambahan pulak ada ruang storan yang menjadi daya penarik untuk orang memilih motosikal jenis ni. Walaupun nampak comel tetapi ada juga skuter yang boleh memberi kelajuan yang tinggi dan digunakan untuk perjalanan jauh.

Sebenarnya ada lagi pecahan motosikal yang aku tak masukkan dalam ni. Macam yang aku dah bagitau, ada grey area antara jenis motosikal ni. Jadi aku ambik yang mana yang biasa disebut sahaja. Sekurang-kurangnya korang dah tahu serba sedikit jenis-jenis motosikal. Yang lain, korang buat la bacaan sendiri. Mungkin korang akan terjumpa dengan jenis motosikal Super Motard, Dirt Bike, Dual Sport, Trials Bike, Enduro Bike dan lain-lain.

It’s not the journey; it’s the friends you make along the way

Sumber gambar – Internet

Advertisements

4 comments

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s