Pengenalan kepada motosikal

Pengenalan kepada motosikal adalah lebih kepada untuk memperkenalkan motosikal kuasa tinggi kepada sesiapa yang masih belum arif dengan motosikal jenis ni. Sebenarnya sedikit sahaja perbezaan secara fizikal antara motosikal klac dan motosikal kapcai (moped) macam Honda EX5 tu.

Aku rasa lagi senang kalau aku cerita dan tunjuk gambar atau diagram motosikal ni. Aku cerita panjang lebar pun korang tak boleh bayang jugak kan? Dah nama pun pengenalan kepada motosikal, jadi aku cerita secara ringkas je lah ye..

Kita tengok bahagian handle dulu. Secara asasnya, sebelah kiri adalah untuk kawalan klac lever, signal dan hon. Sebelah kanan pulak untuk throttle (pulas minyak), brek lever (untuk tayar depan), elektrik starter dan engine cut off switch.

Dan bahagian kaki pulak, sebelah kiri adalah gear shifter untuk naik dan turunkan gear. Sebelah kanan pulak untuk brek belakang.

Bahagian lain pada motosikal hampir sama je dengan kereta. Lampu depan dan belakang, lampu brek menyala kalau kita guna brek, isyarat lampu kiri dan kanan, meter speed dan odo dan suis ignition. Mungkin yang beza sikit adalah engine cut off swith dengan run switch yang takde pada kereta. Selepas korang pulas kunci motosikal ke On, korang kena set switch ni ke Run.. baru korang boleh start motosikal (pakai electric starter tu). Kalau tak set pada Run, sampai esok la motosikal tu tak start.

Jom tengok gambarajah di bawah. Gambarajahakan berbeza sedikit mengikut jenis dan jenama motosikal.

honda 1000

motor manual

Sumber Gambar: Internet

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s