Checklist menunggang motosikal

Kalau korang baru pertama kali nak cuba menunggang mototsikal kuasa tinggi (lebih 250cc), korang baca checklist menunggang motosikal ni dulu. Kalau korang dah faham semua dalam checklist ni, maknanya korang dah bersedia untuk menunggang buat kali pertama.

Lesen. Dapatkan lesen B Full dulu. Jadi takdela korang melanggar peraturan jalan raya. Masa yang sama korang juga akan dapat pengetahuan asas berkenaan keselamatan menunggang motosikal kuasa tinggi di jalan raya. Tambahan pulak, masa belajar B Full ni lah korang belajar handling motosikal kuasa tinggi ni. Dapatkan dengan cara yang betul, bukan lesen terbang atau pakai jalan pintas. (kasi berkat sikit la bro)

Pakaian yang sesuai. Pastikan korang dah ada pakaian yang sesuai untuk bawak motosikal kuasa tinggi. T-shirt, selipar, seluar pendek amatlah tidak selamat dan tidak digalakkan. Pakailah pakaian yang boleh melindungi korang semasa menunggang. Aku tahu ramai penunggang di Malaysia belum terdedah dengan perkara ni. Malu nak pakai full face dan jaket, padahal bawak EX5 je. Ape ada hal. Korang pakai untuk keselamatan. Tambahan pulak kalau korang bawak motosikal 250cc ke atas. Pakaian dan topi keledar yang sesuai boleh melindungi korang kalau terjadi sesuatu yang tak diingini. Bukan la nak mintak terjadi tetapi malang tak berbau kan…

Bawak motosikal yang sesuai. Sama ada korang bawak motosikal sendiri atau pinjam, pastikan korang selesa dengan motosikal tu. Selesa dari segi ketinggian motosikal, berat, kuasa motosikal. posisi badan dan lain-lain. Kalau tak berapa faham, baca dulu jenis-jenis motosikal.

Pelan pelan kayuh. Mula-mula bawak memang ‘gayat’. Tangan dan badan rasa keras je. Benda ni semua orang rasa masa mula-mula bawak motosikal. Jadi, untuk keselamatan..bawak la pelan-pelan dulu. Tambahan pulak kalau korang terus lompat ke motosikal 500cc lepas dapat lesen. Motosikal kuasa tinggi tak sama dengan kapcai dari segi handling. Berat pun dah jauh sangat beza. Rileks, enjoy, take it easy dan bawak la dengan kelajuan yang korang selesa.

Tu la sedikit sebanyak checklist menunggang motosikal yang aku boleh bagi. Aku pun bukan pandai sangat. Pengalaman pun ciput  je. Apa yang aku ada, aku kongsi dengan korang semua. Semoga mendapat manfaat.

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s