Ada apa dengan Top Speed

Ada apa dengan top speed?

Soalan yang selalu sangat orang tanya. Berapa top speed motor ni? Motor ni laju tak? Top speed motor A dgn motor B mana lagi tinggi? Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang bertanyakan soalan ni. Aku faham la sesetengah orang memang hormon adrenalin dia tinggi. Suka pada kelajuan. Asal ada motosikal baru ja mesti nak test top speed.

Tapi kalau kita fikir secara rasional, berapa kelajuan motosikal yang betul-betul memuaskan hati kita? Secara peribadi, aku rasa top speed motosikal ni perkara yang tak berapa penting. Sebab confirm motosikal tu boleh pergi laju melebihi had laju kebangsaan iaitu 110kmj. Untuk sebuah motosikal 250cc, 150kmj pun boleh pegi lagi. Kalau 1000cc tak payah sembang la berapa top speed dia.

Untuk pengguna jalan raya yang biasa macam aku yang menggunakan motosikal di dalam bandar yang agak sibuk, top speed tu aku tak berapa kisah sangat. Ni kalau aku la, orang lain aku tak tau. Tapi kalau Lorenzo atau Hafizh Syahrin mungkin top speed merupakan satu faktor penting. Sebab diaorang racer, diaorang cari makan dengan kelajuan. Mesti la nak kena laju.

Pada aku banyak lagi faktor lain untuk dijadikan asas pemilihan sesuatu motosikal seperti handling, maintenance, spare part, ergonomik, harga, saiz dan lain-lain lagi. Bergantung kepada penggunaan dan keperluan, setiap faktor yang aku senaraikan tu memainkan peranan yang lebih berbanding top speed.

Handling adalah penting sebab ianya melibatkan keselamatan semasa menunggang. Kalau korang tak boleh atau tak mampu nak handle motosikal tu, korang boleh membahayakan diri korang dan orang lain. Maintenace dan spare part adalah faktor yang memberi kesan kepada poket korang. Kalau korang beli motosikal yang mahal dari segi maintenance dan spare part, sendiri mau tanggung la kalau ada apa-apa jadi. Ergonomik dan saiz pulak berkait rapat dengan keselesaan. Ada sesetengah orang sangat selesa dengan posisi membongkok pada motosikal Yamaha R1 tapi ada yang tak tahan bila bawak lebih 2 jam. Sakit pinggang dan pergelangan tangan. Ada yang bawak motosikal yang sedikit tinggi sampai kaki menjengket nak pijak tanah. Tak jadi masalah bagi yang dah cekap dan berpengalaman tapi mungkin bermasalah kepada orang baru. Tambah pulak dengan berat motosikal yang rata-rata melebihi 150kg, dengan kaki jengket silap-silap motosikal boleh tumbang masa nak berhenti.

Jadi kalau ada yang bertanya pasal top speed, boleh tanya dia balik…laju-laju ni nak pegi mana Bro? Kalau nak laju baik beli jet..top speed 2.3 Mach (2,500kmj).

Faster, faster, faster, until the thrill of speed overcomes the fear of death. .

Advertisements

2 comments

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s