Pre Ride Inspection Checklist

Korang dah ada motosikal kuasa tinggi? Baru first time nak bawak? Jom baca dulu pre ride inspection checklist ni. Yang dah biasa bawak pun boleh baca. Tak salah pun. Tips ni aku dapat daripada Motorcycle Safety Foundation (MSF). MSF ni badan yang mengendalikan latihan dan kursus untuk yang baru nak belajar menunggang  motosikal kuasa tinggi di US. Aku rasa kita pun patut ada sekolah memandu khas macam ni yang mengajar khusus kepada penunggang motosikal kuasa besar. Fokus kepada teknik tunggangan, pengendalian dan keselamatan.

Menunggang motosikal ni memang best. Rasa bebas dan rasa macam dunia ini ana yang punya. Tetapi adalah penting untuk bawak motosikal dengan hati-hati dan penuh kesedaran risiko yang bakal korang hadapi bila berada di jalan raya. Defensive riding adalah salah satu cara untuk menunggang dengan lebih selamat. Attitude atau sikap tunggangan yang betul bukan sahaja menjadikan korang lebih selamat (risiko kemalangan lebih rendah) tetapi juga korang akan lebih seronok semasa menunggang.

Sebelum korang pulas minyak, jom baca dulu pre ride inspection yang dikeluarkan oleh MSF. MSF telah memperkenalkan satu checklist untuk pre ride inspection iaitu T-CLOCS.

T – Tires (tekanan angin tayar, keadaan bunga, brek).
C – Control (kawalan lever, throttle, suis)
L – Light (lampu depan, belakang, lampu brek)
O – Oil (minyak enjin, minyak klac, minyak brek) Tengok ada kebocoran atau tak.
C – Chasis (frame, suspension, rantai)
S – Stands (stand tengah atau kickstand)

Pre ride inspection penting untuk korang memahami keadaan motosikal korang. Tambah kalau korang baru je pakai motosikal tu, sekurang-kurangnya korang dah buat pemeriksaan secara ringkas dan tahu keadaan motosikal korang. Bila dah check, nak bawak pun rasa lebih yakin dan selesa, betul tak?

Jadikanlah amalan korang setiap kali sebelum menunggang.

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s