Keselamatan Semasa Menunggang

Keselamatan semasa menunggang adalah faktor penting yang perlu difahami sebelum nak bawak motosikal. Sebab motosikal ni kecik dan pemandu kenderaan lain kadang-kadang tak perasan, motosikal selalu jadi mangsa. Dilanggar pun kena, melanggar pun kena. Sabor je la yob, sape suruh bawak motosikal. Kalau korang baru nak mula bawak motosikal terutama motosikal kuasa tinggi..baca checklist menunggang motosikal.  

Disebabkan aku pun bawak motosikal, aku buat la research dan light reading berkenaan safe riding atau tunggangan yang selamat. Banyak juga tip keselamatan yang aku dapat. Kebanyakkannya kita dah tahu masa nak ambik lesen dulu tapi sekarang dah lupa…haha

Hari ni aku nak kongsi sedikit sebanyak tips keselamatan semasa menunggang yang aku dapat. Semoga boleh menjadi panduan bikers-bikers kental di luar sana.

Tumpuan dan fokus 100% pada tunggangan adalah sangat penting. Korang kena lebih fokus berbanding pemandu kenderaan lain. Ada beberapa faktor mempengaruhi tumpuan semasa menunggang. Antaranya ialah keletihan, tahap kesihatan, pengaruh alkohol, dehidration (kurang air) dan pengaruh ubat. Tanda-tanda korang kena berhenti dan  berehat ialah bila korang terlalu laju sebelum selekoh, tak perasan papan tanda (signboard), mengelamun atau berkhayal, terasa sakit-sakit di sendi, menguap atau rasa mengantuk. Kalau ada tanda-tanda macam ni semasa menunggang, baiklah berhenti dan berehat.

Perkara lain yang penting ialah sentiasa melihat keadaan sekeliling dan membuat scanning semasa menunggang. Scanning penting untuk melihat permukaan jalan, jarak kita dan kenderaan lain, kenderaan di kiri dan kanan korang. Penting untuk melihat cermin sisi sekali sekala untuk memastikan korang tahu kalau ada kenderaan di belakang korang.

Keselamatan semasa menunggang

Seterusnya ialah kedudukan motosikal korang (positioning). Pastikan semasa menunggang korang tak berada di kawasan blind spot. Blind spot ni ialah kawasan di mana pemandu kereta tak nampak motosikal yang berada di kiri atau kanan kenderaan. Korang kena pastikan pemandu kenderaan di depan korang sedar @ nampak yang korang anda di belakangnya dengan berada di posisi yang dia boleh nampak melalui cermin pandang belakang atau cermin sisi kenderaan. Sentiasa pastikan korang anda ruang untuk bergerak jika terjadi sesuatu yang tak diingini seperti kenderaan depan tiba-tiba menekan brek atau kenderaan keluar atau masuk simpang tanpa isyarat. Pastikan juga korang berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 saat dengan kenderaan hadapan. Jika tak ada kenderaan di depan korang, pastikan korang alert bila nak sampai simpang. Selalu la anggap akan ada kenderaan yang akan keluar secara tiba-tiba di simpang dan fikirkan bagaimana untuk mengelak.

Keselamatan semasa menunggang

Sentiasa letakkan satu jarak selamat antara korang dan kenderaan lain. Kajian menunjukkan respon time untuk kita bertindak terhadap sesuatu perkara semasa memandu ialah 2 saat. Jika korang menunggang dengan kelajuan 100kmj, korang boleh cecah 54m dalam masa 2 saat. Jadi, pastikan korang ada lebih daripada 2 saat untuk respon kepada sebarang ancaman ketika di jalan raya. Ancaman boleh datang dari pelbagai arah dalam pelbagai cara. Kereta keluar simpang, brek mengejut, binatang melintas, jalan berlubang, berlopak atau berminyak dan sebagainya.

Yang terakhir sekali (dan aku rasa yang terpenting), kenali potensi dan limitasi diri dan juga motosikal korang. Bawak ikut kemampuan diri sendiri. Setiap benda ada hadnya. Jangan sesekali bawak ikut kemampuan Rossi atau Lorenzo.. Kalau nak buat jugak, sendiri mau ingat la bro..

Tu lah antara tip yang aku dapat. Ada banyak lagi tips keselamatan semasa menunggang di luar sana. Mungkin otai2 ada tips lain yang boleh dikongsi, feel free untuk komen ye. Selamat menunggang semua.

“It’s not so much learning to ride that is dangerous. The danger comes once you become comfortable on your bike, and start taking chances. That’s when things can start to go wrong”

Sumber gambar – Vicroads Rider Handbook, Australia

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s