Motosikal apa nak beli?

Selalu aku terdengar dan terbaca persoalan macam ni. Moto XX ni ok ke? Antara motor A dan motor B yang mana lagi best? Kebanyakkannya orang akan tanya top speed motosikal tu. Laju ke? Bro..nama pun motosikal kuasa tingi, mestilah laju. (tak kisah la berapa kmj tetapi tetap laju). 

Sejujurnya, takde siapa yang boleh bagi jawapan yang pasti kepada persoalan ni. Orang yang paling berpengalaman dalam dunia pemotoran pun tak boleh nak jawap. Apa yang boleh diaorang buat ialah bagi panduan untuk memilih motor yang sesuai. Keputusan akhir tetap di tangan tuan empunya badan.

Motosikal yang ok atau sesuai adalah sangat subjektif. Semua bergantung kepada tuan punya diri. Kalau korang tertanya-tanya soalan yang sama, di sini aku cuba bagi beberapa aspek yang perlu korang teliti untuk membeli motosikal.

Pertama-tama sekali ialah sudah semestinya bajet korang. Bajet ni mestilah merangkumi down payment, bayaran bulanan, kos penggunaan minyak (fuel consumption), alat ganti dan kos servis bulanan. Satu lagi yang orang selalu lupa (termasuk la aku masa beli motosikal dulu) ialah kos aksesori motosikal dan riding gear. Aksesori motosikal ni termasuk frame slider, radiator cover, fork slider, padlock, alarm disc lock dan lain-lain. Ada setengah orang beli pelan-pelan lepas dapat motosikal. Pada aku lebih baik siapkan bajet, dapat motosikal boleh terus beli dan pasang. Benda ni bukan aksesori tambahan untuk suka-suka tetapi untuk keselamatan motosikal. Riding gear juga elemen penting kalau nak bawak motosikal. Pastikan korang dah ada bajet untuk riding gear iaitu helmet full face (yang ada cop SIRIM/DOT/SNELL dll), jaket (dengan CE Approved amour padding di siku,bahu dan belakang), seluar (dengan armour di lutut), kasut dan sarung tangan. Semua benda ni kena ada dalam bajet korang semasa korang memikir nak beli motosikal apa.

Kedua, juga berkait rapat dengan kewangan iaitu alat ganti. Senang atau tidak nak dapatkan alat ganti kalau berlaku kerosakan. Tak dinafikan sesetengah model motosikal memang susah nak dapat alat ganti. Kalau berlaku kerosakan, bengkel motosikal selalunya akan order dari luar negara dan ambil masa 3-4 hari untuk sampai (bergantung kepada dari mana lokasi alat ganti tu di order). Motosikal yang glamer dan ramai orang pakai mungkin lebih senang nak dapat alat ganti. Bila kena order dari luar ni, paham-paham je la. Kos mesti naik sikit. Kalau nak murah boleh cuba beli sendiri (selalunya orang beli online) tetapi korang kena hadapi risiko tax dengan kastam. (mahal jugak oo). Kalau motosikal yang berkualiti bukan selalu enjin rosak dan perlu tukar alat ganti. Kalau korang pandai jaga motosikal, mungkin tak jadi masalah. Aku sengaja highlightkan kat sini untuk pertimbangan korang je.

Ketiga, apa tujuan korang nak beli motosikal? Pastikan korang buat kajian kesesuaian antara motosikal yang korang minat dengan tujuan korang nak pakai motosikal. Perkara ni penting sebab tujuan korang nak beli motosikal dan motosikal yang korang minat nak beli mungkin dua perkara yang berbeza. Contohnya, korang beli CBR1000RR sebab minat untuk rupa bentuknya yang menawan. Pastu korang buat pegi kerja. Lepas 3 bulan, korang mula mengadu sakit pinggang dan lenguh tangan disebabkan kedudukan posisi badan yang membongkok dan tekanan beban berat badan pada tangan. Tambah pulak dengan keadaan jalan raya yang penuh sesak, korang nak cilok pun susah. Sepatutnya korang cari motosikal yang lebih tegak posisi badan supaya lebih rileks korang nak bawak pegi kerja, handling yang baik dah mudah untuk mencilok antara kenderaan. (walaupun mencilok bukanlah satu cara tunggangan yang bagus)

Keempat, cc motosikal. Juga bergantung kepada pengalaman dan kepakaran korang dalam menunggang. Kalau korang dah biasa bawak motosikal 250cc, boleh la lompat ke 600cc/800cc/1000cc. Sama juga kalau korang dah biasa bawak RXZ atau Kips (maknanya dah biasa dengan gear sungkit), Tapi kalau korang tak pernah bawak atau sebelum ni bawak Honda EX5, dinasihatkan cuba 250cc dulu. Sebab handling dan kuasa tujahan (betul ke ayat aku ni) motosikal 250cc dan EX5 amatlah berlainan. Takut korang terkejut je. Boleh terpelanting dibuatnya. Kalau korang rujuk dengan otai, kebanyakkan otai akan cakap pakai 250cc boleh tapi takut tak tahan daulat kena tinggal makan asap dengan kawan-kawan. Hahaha. (Jadi, berbalik kepada perkara ketiga tadi iaitu tujuan korang nak beli motosikal sebab apa).

Aku pernah jumpa seorang hamba Allah ni yang sangat happy dengan motosikalnya. Dia kata, dia seronok bawak motosikal tiap-tiap hari pergi kerja. Dia rasa seronok sebab motosikal tu hanya 250cc, bukannya 600cc atau 1000cc. Dia tak ikut kawan-kawan pergi ride, dia hanya bawak pergi ulang alik kerja dalam kawasan bandar. Jadi pada dia 250cc dah mencukupi dan tak perlu nak upgrade. Ada juga yang beli motosikal 250cc, lepas 3 bulan terasa tak puas dan nak upgrade ke 600cc. Jadi, pikir la betul-betul sebelum beli. Tepuk dada, tanya selera. Nyosal kendian takdo guno eh…

//

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s