Dilihat atau didengar? Yang mana pilihan penunggang?

Jaket High Vis

Terdapat banyak penunggang motosikal yang beranggapan bahawa bunyi ekzos yang kuat akan menyelamatkan mereka daripada terlibat dengan kemalangan. Lagi kuat bunyi, lagi bagus untuk memberitahu kehadiran mereka kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tetapi ada bukti yang menunjukkan bahawa cara yang lebih selamat ialah dengan memastikan diri anda lebih senang dilihat, seperti dengan memakai pakaian yang terang (high visibility) serta sentiasa memastikan anda berada di kedudukan lorong yang betul. Bunyi ekzos yang kuat tak salah, tapi penunggang yang bergantung kepada bunyi ekzos semata-mata sebagai strategi tunggangan selamat (defensive riding) mungkin akan lebih terdedah kepada kemalangan.

Terdapat satu kajian (sumber kajian tidak dapat disahkan) yang menyatakan bahawa adalah lebih baik dan selamat untuk kita berusaha memastikan kita dapat dilihat pengguna jalan raya lain. Sebagai pemandu, bunyi ekzos yang kuat akan memberitahunya kehadiran anda di kawasan berdekatan tetapi pemandu masih tetap tidak nampak anda di mana. Perlu difahami bahawa penunggang motosikal sukar diihat oleh pengguna jalan raya kerana saiz motosikal yang kecil, bukan kerana motosikal kurang bising.

Pemandu yang mendengar bunyi ekzos akan tetap tertanya-tanya di mana kedudukan anda yang sebenar sehinggalah dia nampak anda secara fizikal. Selepas melihat anda secara fizikal barulah pemandu boleh membuat congakan mengenai kedudukan, arah serta kelajuan motosikal anda. Jadi, secara lojiknya pemandu hanya akan mula bertindak balas selepas dia nampak anda. Inilah yang selalunya yang berlaku. Tindak balas pemandu berdasarkan apa yang dia nampak kadang-kadang agak lambat sehingga berlakunya kemalangan.

Secara peribadi, sebagai pemandu kereta aku rasa bunyi ekzos membantu aku untuk menyedari kehadiran sebuah motosikal. Di samping memberi lebih masa untuk aku berjaga-jaga dan bersedia untuk bertindak balas bagi mengelakkan kemalangan, bunyi ekzos juga boleh memberi ruang pada aku menjamu mata untuk melihat motosikal jenis apa. Hehe. Kadang-kadang terjumpa motosikal yang agak rare di Malaysia, boleh la snap sekeping dua gambar. Secara keseluruhan, buat semua penunggang motosikal di harap janganlah bergantung semata-mata kepada bunyi ekzos anda. Kemahiran menunggang juga perlu ditingkatkan di tambah dengan pemakaian yang cerah atau high vis untuk membantu anda menunggang dengan selamat.

Sumber Gambar – Internet

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s