Kisah Jatuh Bodoh

Siapa yang bawak motosikal kuasa tinggi mesti pernah ada pengalaman kes jatuh bodoh kan? Banyak orang rasa kes jatuh bodoh ni kes yang memalukan. Apatah lagi kalau jadi kat tempat orang ramai. Tapi sebenarnya 8 daripada 10 penunggang motosikal kuasa tinggi pernah mengalami peristiwa ni sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Jatuh Bodoh

Sesiapa yang tak paham tu, kes jatuh bodoh ni ialah kes motosikal jatuh semasa dalam keadaan berhenti (pegun). Boleh jadi disebabkan kaki slip masa berhenti, tersalah pijak atau lupa nak turunkan tongkat sisi. Ada juga kes tali kasut tersangkut pada tempat pemijak tu. Walaupun selalunya jatuh bodoh ni memalukan dan lawak, ada juga kes penunggang cedera semasa jatuh bodoh. Cedera sebab nak tahan motosikal yang berat tu daripada jatuh atau cedera sebab kena hempap. Bahaya ooo, ada yang patah kaki disebabkan kes jatuh bodoh ni.

Penting untuk kita faham akibat dan bahaya kalau kita cuba lawan graviti bumi. Setiap motosikal ada had condongnya. Kalau motosikal korang dah condong lebih daripada had tu, tak payah la nak tunjuk kuat nak tahan lagi. Lepas je la motosikal tu. Percaya atau tidak, ada sesetengah penunggang berlatih macam mana nak handle kes jatuh bodoh. Apa tindakan yang dia patut buat kalau motosikalnya dah condong dan nak jatuh. Tujuannya adalah untuk mengelak daripada mendapat kecederaan. Tapi yang tak tahannya pulak, bila dah buat latihan jatuh bodoh, kena la pulak buat latihan teknik angkat motosikal pulak. Adoi…tak larat nak angkat yop.

Advertisements

2 comments

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s