Teknik Mengangkat Motor

Motosikal kuasa tinggi memang terkenal dengan beratnya. Majoriti berat motosikal ni adalah lebih 150kg. Kalau jadi kes jatuh bodoh, memang pengsan la nak angkat balik kalau korang tak tahu teknik angkat motosikal yang betul.

Beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum korang nak angkat motosikal tu. Motosikal ni berat dan perlukan perancangan dan tindakan yang betul untuk angkat. Jangan cuba angkat sendiri motosikal tu kalau korang tak tahu teknik angkat motosikal yang betul. Silap cara, boleh terseliuh tangan atau cedera. Teknik angkat motosikal ni sama saja untuk semua jenis motosikal dan tak kisah samada korang seorang lelaki bertubuh sasa (perut 6 pack) atau seorang perempuan bertubuh kecil. Dengan teknik yang betul korang boleh angkat motosikal tu.

Kalau terjadi kes jatuh bodoh pada korang semasa menunggang, teknik yang betul nak angkat balik motosikal korang adalah:

– Pertama sekali pastikan korang matikan enjin motosikal.
– Lepas tu check ada tak kebocoran minyak @ cecair menitik daripada motosikal korang.
– Kalau motosikal jatuh ke sebelah kanan, pastikan motosikal berada di dalam gear. Tujuan masukkan gear adalah supaya motosikal korang tak berjalan selepas korang angkat nanti (disebabkan kecondongan kawasan korang jatuh tu). Kalau korang jatuh kawasan mendatar, tak perlu masuk gear pun takpe. Kemudian turunkan tongkat sisi.  Kalau jatuh belah kiri susah sikit la.
– Sekarang masa untuk angkat motosikal korang. Teknik yang sama untuk motosikal yang jatuh sebelah kiri @ sebelah kanan. Sandarkan belakang badan/punggung di tengah-tengah seat motosikal. Pastikan badan korang tegak. Sebelah tangan pegang pada handle motosikal, tarik handle rapat ke arah korang. Sebelah tangan lagi pegang pada apa-apa yang kuat kat area seat tu. Jangan pegang pada benda yang senang tercabut. Bahaya.
– Bengkokkan lutut, pastikan korang ada grip pada tapak kasut. Dua-dua kaki flat di atas tanah. Korang sebenarnya akan gunakan kekuatan kaki untuk tolak motosikal ni.
– Mulakan dengan menolak kaki korang perlahan-perlahan. Memang susah pada mulanya nak naikkan motosikal tu. Tapi bila dah ada momentum dan motosikal dah naik sikit, akan jadi lebih senang.
– Bila dah berjaya tegakkan motosikal, hati-hati jangan terlebih tolak. Nanti ada pulak motosikal tu jatuh ke sebelah sana pulak.
– Kalau korang dah turunkan tongkat sisi, perlahan-lahan sengetkan motosikal korang ke tongkat. Kalau korang jatuh sebelah kiri dan tak boleh nak turunkan tongkat sisi, korang turunkan tongkat selepas motosikal tu dah tegak. Perlahan-lahan tolak tongkat tu dengan kaki.
– Periksa keadaan motosikal korang.

Teknik angkat motosikal ni kena praktis sebenarnya. Kalau di Eropah @ US memang diaorg selalu buat demo dan ajar teknik angkat motosikal ni. Korang kena pandai ejas (betul ke aku eja ni) kedudukan punggung dan kaki masa mula-mula nak angkat tu.

Untuk lebih clear lagi, korang boleh layan video di youtube. Taip je “how to pick up a motorcycle’.

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s