Panduan Menunggang Di Waktu Malam

Menunggang di waktu malam memang seronok sebab kereta tak banyak. Cuaca pun sejuk sikit berbanding siang. Tapi waktu malam mengundang risikonya yang tersendiri. Cuaca yang gelap kadang-kadang buat kita susah nak nampak keadaan jalan dan pengguna jalan raya lain pun susah nak nampak kita.

motor malam

Paling penting jika menunggang waktu malam, korang kena pastikan korang nampak apa yang ada di depan. Keadaan permukaan jalan raya, kiri dan kanan jalan serta kenderaan yang datang dari depan dan belakang. Jangan pakai helmet dengan tinted visor atau visor yang dah bercalar. Visor macam ni boleh mengganggu pandangan mata korang.

Sentiasa berwaspada dengan haiwan yang melintas jalan atau pun yang berada di tengah jalan raya. Sentiasa perhatikan kiri dan kanan jalan jika ada sebarang pergerakan haiwan. Mata haiwan yang aktif di waktu malam akan memantulkan cahaya jika terkena suluhan lampu motosikal. Haiwan bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan. Ada jugak yang suka lepak atas jalan raya untuk panaskan badan.

Siap sedia untuk membrek atau memberhentikan motosikal korang. Tentukan jarak penglihatan korang dan kelajuan korang bersesuaian. Pastikan korang boleh berhenti pada jarak selamat dengan kelajuan yang korang bawak tu. Kalau rasa tak boleh, perlahankan motosikal korang.

Guna high beam sepanjang masa. Tapi janganlah sampai suluh mata pemandu yang datang dari depan. Tak pasal pulak dia yang terbabas kang. Jangan guna high beam di kawasan berkabus sebab kabus akan memantulkan cahaya tu kepada korang balik, (aku dapat tips ni dari internet, tak pasti betul ke tak. Korang try la kalau jumpa kabus tebal.)

Pastikan juga pengguna jalan raya yang lain nampak korang. Disebabkan saiz motosikal yang kecil berbanding kenderaan lain ditambah pulak dengan keadaan malam yang gelap, ada sesetengah pengguna jalan raya tak perasan kewujudan korang di atas jalan raya. Tambahan pulak kalau motosikal korang hanya ada satu lampu, agak susah untuk pemandu lain mengagak jarak sebenar dan kelajuan korang (terutama bila datang dari arah bertentangan).

Satu cara untuk memastikan pengguna jalan raya yang lain nampak korang ialah dengan memakai pakaian yang cerah atau yang memantulkan cahaya. Sekarang ni pun kebanyakan penunggang motosikal mula memakai pakaian yang cerah atau mengenakan jaket luminus (high vision colour) di atas jaket riding mereka.

Harap aku dapat membantu serba sedikit buat korang yang memang selalu menunggang di waktu malam.

 

Sumber gambar: Internet

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s