600cc vs 1000cc

Jom kita sembang pasal cc motosikal. Kali ni topik yang nak disembangkan ialah mengenai motosikal 600cc vs 1000cc. Ramai juga riders yang bertanya…yang mana bagus, 600cc atau 1000cc?

Aku takde pengalaman bawak motosikal 600cc jadi aku pun buat la bacaan serba sedikit dalam internet melalui forum dan web luar negara. Kesimpulan daripada pembacaan aku, bagus atau tidak adalah subjektif kepada setiap individu. Banyak faktor yang mempengaruhi prestasi sesuatu jentera motosikal itu.

600vs1000

Faktor utama yang perlu diambil kira ialah jenis motorsikal (sila baca jenis-jenis motosikal di sini). Kesilapan yang selalu kita buat ialah salah perbandingan jenis motosikal. Kalau yang 600cc tu sportbike, yang 1000cc pun kenalah sportbike juga. Jangan la satu sportbike satu lagi naked atau sport touring.

Kecenderungan penunggang juga menjadi faktor. Penunggang yang lebih berpengalaman mungkin boleh mengawal jentera 600cc atau 1000cc dengan lebih baik berbanding penunggang yang kurang berpengalaman. Sebab tu kadang-kadang kita penah dengar orang cakap motosikal 600cc dia boleh tapau motosikal 1000cc. Kita tak tahu mungkin yang bawak 1000cc tu baru pakai motosikal tu atau dia malas nak bersungguh. Kalau aku yang bawak, silap-silap RXZ pun boleh tapau motosikal aku, hahaha

Pada asasnya, kebanyakkan pengguna 600cc dan 1000cc bersetuju bahawa 600cc lebih senang dikendalikan terutama bila nak ambik corner atau selekoh berbanding motosikal 1000cc. Tetapi motosikal 1000cc mempunyai kuasa yang lebih semasa di jalan lurus. Kita kena pandai main gear naik turun untuk dapat kuasa maksimum pada jentera 600cc tetapi tidak pada motosikal 1000cc. Korang dalam gear 6 pun, masih ada power lagi untuk pergi lagi laju kalau korang pulas minyak.

Orang kata 600cc lebih menyeronokkan untuk ditunggang manakala 1000c untuk orang yang agak ‘malas’ untuk turun naik gear. Pada aku, setiap motosikal ada keistimewaan dan keseronokkannya yang tersendiri. Terpulanglah kepada si penunggang macam mana nak dapat keseronokan tu. Ada orang rasa seronok dengan kelajuan, ada yang seronok dengan tunggangan secara santai sambil melihat keindahan alam semula jadi. Apa yang penting, fahami sifat semula jadi motosikal yang ditunggang dan jangan menunggang melangkaui kemampuan jentera tersebut serta kemampuan dirikorang sendiri.

~ Ride Hard, Ride Safe ~.

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s