Piawaian keselamatan dan pemakaian helmet

Memakai helmet (topi keledar) semasa menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi penunggang motosikal di Malaysia. Undang-undang mewajibkan pemakaian helmet telah dikuatkuasakan pada awal tahun 70an. Ada juga negara yang tidak mewajibkan pemakaian helmet semasa menunggang (mungkin kepala diaorang keras kot). Keras macam mana pun, helmet adalah pelindung utama jika berlaku kemalangan.

 

motor_tanpa_helmet

Gambar Hiasan

Setiap negara mempunyai standard piawaian keselamatannya yang tersendiri. Di Malaysia, setiap helmet perlu mempunyai kelulusan dan pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi memastikan helmet tersebut memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Spesifikasi yang digunakan oleh SIRIM ialah MS 1-1:2011 Protective Helmets and Visors For Vehicle Users. Standard ini adalah yang baru menggantikan standard yang lama iaitu MS 1:1998 (pindaan daripada MS 1:1996). Di negara lain pula, standard piawaian yang ada ialah AS/NZ 1698 (Aust/New Zealand), DOT (US), Snell serta ECE R22-05 bagi negara Eropah. Setiap standard piawaian secara asasnya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memastikan helmet yang digunakan adalah selamat.

Tujuan utama pemakaian helmet ialah bagi melindungi kepala daripada terkena hentakan secara terus jika berlaku sesuatu kemalangan. Helmet yang lulus standard piawaian mampu mengurangkan daya hentakan akibat impak terhadap kepala khususnya tengkorak . Helmet juga membantu menyebarkan daya hentakan tersebut ke seluruh bahagian helmet dan tidak hanya tertumpu kepada satu bahagian sahaja.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati penunggang motosikal menyumbang peratus yang besar dalam kemalangan maut di Malaysia. Kebanyakkan kemalangan maut ini adalah berpunca daripada kecederaan serius di bahagian kepala. Kemungkinan berpunca daripada tidak memakai helmet atau pemakaian helmet yang tidak diluluskan/tidak memenuhi spesifikasi keselamatan.

4 perkara penting mengenai helmet yang perlu kita tahu ialah outer shell (bahagian luar helmet), inner impact absorbing liner (bahagian dalam), padding dan retention atau tali pengikat.

Bahagian luar helmet selalunya diperbuat daripada polycarbonate, fiberglass, composite fiber atau carbon fiber. Fungsi utama bahan komposit ini ialah untuk menyerap tenaga yang terhasil daripada impak dan menyebarkannya ke seluruhan bahagian helmet. Tindakan ini akan mengurangkan daya hentakan kepada kepala anda.

Bahagian dalam pula ialah bahagian yang tak kurang pentingnya dalam menyerap dan menyebarkan daya hentakan hasil daripada impak yang berlaku. Bahan yang digunakan ialah polystrene atau styrofoam. Terdapat dua jenis rekaan bagi bahagian ini. Ada yang menyerap dan menyebarkan daya hentakan dan ada juga yang akan retak untuk mengurangkan daya hentakan tersebut. Sebab tu disarankan korang beli helmet baru kalau helmet korang jatuh atau terhentak dengan kuat. Kita tak tahu bahagian dalam tu mungkin dah retak akibat hentakan tu. Kalau pakai jugak dah kira tak selamat la helmet tu.

Seterusnya ialah bahagian padding. Padding atau span lembut di dalam helmet berfungi untuk keselesaan korang memakai. Padding boleh ditanggalkan untuk dibasuh (kebanyakkannya adalah helmet fullface).

Akhir sekali ialah pengikat helmet yang tak kurang pentingnya. Helmet yang cukup spesifikasi keselamatan tak menjamin keselamatan korang kalau korang tak ikat pengikat helmet dengan betul. Aku tahu ada yang tak suka pakai atau pakai longgar. Cara yang betul ialah ikat tali dengan ketat, rapat ke leher/bawah dagu supaya helmet tak mudah tanggal kalau korang eksiden dan bergolek-golek atas jalan raya.

helmet

Ke mana saja korang pergi, dekat atau jauh pastikan korang memakai helmet yang diluluskan dan pakailah dengan betul demi keselamatan korang dan orang lain. Sedih jugak kadang-kadang bila aku tengok orang bawak moto pakai helmet sambil lewa. Lagi sedih kalau bawak anak, anak pulak tak pakai helmet. Adoi…..

What do you call a motorcyclist who doesn’t wear a helmet? An organ donor.

Sumber Gambar: Motorcycle Safety Foundation (MSF) Handbook

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s