Panduan Memilih Helmet

Masih bersembang mengenai helmet khususnya helmet full face. Sila baca piawaian keselamatan helmet terlebih dahulu.

Orang kata kalau kita beli helmet RM50, maknanya harga kepala kita pun RM50. Lagi mahal helmet, lagi tinggi kadar pelindungan yang diberikan. Secara peribadi, harga dan tahap keselamatan adalah dua perkara berbeza. Tak semestinya helmet yang mahal lebih selamat berbanding helmet yang berharga sederhana mahal.

Bercakap mengenai helmet, penunggang motosikal kuasa tinggi selalunya memakai helmet full face. Helmet full face memberi perlindungan menyeluruh berbanding open face helmet terutama di bahagian muka (dagu dan rahang). Terdapat juga helmet seakan fullface iaitu modular atau flip up yang boleh dibuka bahagian depannya.

Bagaimana untuk memilih helmet yang sesuai dan boleh memberi pelindungan maksimum kepada pengguna? Di sini aku senaraikan beberapa panduan memilih helmet yang selamat.

1. Pilihlah jenis helmet yang korang suka. Walaupun kajian menunjukkan helmet fullface memberi perlindungan yang paling baik, tak salah pun kalau korang nak pakai helmet open face. Yang penting beli helmet yang mendapat pengesahan keselamatan SIRIM. Kalau pakai helmet open face, pakai lah visor supaya ada sedikit pelindungan di bahagian muka korang. Lalat atau serangga pun tak masuk mata korang masa menunggang. Kan bahaya tu..

2. Saiz yang betul. Helmet yang selamat perlu fit cun-cun dengan kepala korang. Jangan pakai helmet yang longgar atau ketat. Macam mana nak tahu fit ke tidak? Korang kenala try pakai. Cuba pakai helmet tu dah try pusingkan kepala ke kiri kanan. Kalau bergoyang kuat atau helmet berpusing sampai tertutup muka korang, makna tak fit la tu. Kadang-kadang ada juga yang pakai terlalu fit sampai jadi ketat. Bahaya kalau korang pakai helmet terlalu ketat ialah helmet tu mungkin boleh menekan aliran darah ke bahagian kepala. Korang akan rasa sakit, pening dan sampai tahap yang serius boleh pengsan sebab otak menerima kurang oksigen.

3. Pastikan juga korang selesa dengan helmet yang dipakai. Setiap jenama mempunyai kualiti pembuatan yang berbeza. Kualiti dan ketahanannya juga berbeza. Ada helmet yang boleh dibuka padding pada bahagian dalam dan boleh dibasuh. Ada yang tak boleh dibasuh.

4. Bagi penunggang motosikal kuasa tinggi, tentukan cara tungganggan dan motosikal yang korang pakai sebelum membeli helmet full face. Helmet full face mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu dengan yang lain. Contohnya helmet Shoei X-12 direka untuk penggunaan ekstrem di track and dalam perlumbaan. Helmet kategori ini sedikit ringan dengan rekabentuk serta ciri-ciri keselamatan tertinggi untuk digunakan oleh pelumba. Harganya juga mahal. Untuk kegunaan harian atau di jalan raya, korang boleh dapatkan helmet yang dicipta untuk kegunaan harian seperti Shoei XR1100 atau Shark Vision R. Harganya murah sedikit berbanding helmet untuk perlumbaan. Selain itu, ciri-ciri rekabentuk helmet juga berbeza untuk penunggang sportbike (posisi badan membongkok) dan penunggang motosikal naked atau touring (posisi badan menegak). Perbezaan ketara pada helmet fullface ialah dari segi lubang angin (ventilation). Bagi penunggang sportbike, posisi lubang angin direka sesuai dengan posisi menunggang dengan kepala yang agak menunduk sementara penunggang naked atau touring pula posisi kepala agak tegak dan lebih terdedah kepada angin.

5. Jika korang mempunyai bajet kewangan yang agak nipis, cuba dapatkan helmet yang memberi perlindungan terbaik dengan harga yang berpatutan dengan bajet korang tu. Jangan sesekali membeli helmet terpakai kerana kita tak tahu apa yang terjadi pada helmet tu. Helmet tu mungkin pernah jatuh atau terhentak yang boleh menyebabkan helmet tersebut sudah tidak selamat digunakan.

Cuba semak di laman web SHARP (http://sharp.direct.gov.uk/home). SHARP ialah Safety Helmet Assessment and Rating Programme iaitu satu badan yang membuat ujian dan memberi star rating kepada helmet yang dijual di pasaran.

Sembang banyak pun tak guna, jom kita layan video ni.

Advertisements

2 comments

  1. Saya nak tanya. Mmg noob la.
    Ada perbezaan ke kalau pakai helmet fullface naik motor berkuasa tinggi dengan motor biasa macam scooter ego? untuk kegunaan dekat highway.

    Dulu pernah naik motor kuasa tinggi di highway, tapi masa tu abang saya last minit bagitahu, pakai helmet biasa je. memang bersin tak berhenti daripada KL ke Melaka. Sebab habuk dan sebagainya. Saya dah la sensitif terhadap habuk. Masa tu baru faham kenapa kena pakai fullface naik motor macam tu.

    Tapi pernah gak naik motor LC biasa kat highway. Pakai helmet biasa. Ada gak bersin tapi tak seteruk masa g melaka tu la.

    So, baru2 ni nak dijadikan cerita. member baru lepas accident naik motor biasa kat highway. helmet dia je punca dia hidup lagi sampai skrang.

    Fikir-fikir kalau baca review fullface helmet macam yang paling safe . and rasanya boleh elakkan masalah habuk kalau naik motor. cuma kalau setakat bawak scooter ego. agak kelakar la. hm.

    apa pendapat awak? sebab saya memang jenis bab2 keselamatan ni. memang over sikit. ok ke pakai fullface or ada helmet lain yg lebih kurang bagus dgn fullface untuk scooter?

    1. Tq sebab bertanya. Sebenarnya di negara lain, kebanyakkan penunggang motosikal menggunakan helmet fullface. Hanya di Msia shj kita dah set mind helmet fullface untuk motor kuasa tinggi. Takde masalah nak pakai tapi jiwa kena kental la tahan kutukan org2 yg tak paham.

      just my two cent 🙂

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s