Panduan Menunggang Motosikal Di Dalam Hujan

20140623-174226-63746689.jpg

Setiap penunggang motosikal di Malaysia memang tak dapat lari daripada menunggang motosikal di dalam hujan. Cuaca di Malaysia ni memang tak menentu. Kadang-kadang tu panas terik, tapi time nak balik je tiba-tiba hujan lebat. Nak redah ke nak tunggu hujan reda?

Disebabkan jumlah pengguna motosikal di Malaysia adalah tinggi, kerajaan ada menyediakan tempat berteduh di sepanjang jalan untuk kemudahan penunggang motosikal. Bolehlah orang yang tak nak redah hujan guna kemudahan ni. Cuma pastikan korang masuk ke dalam dan bukanya berhenti di tepi jalan di bawah flyover tu. Bahaya.

Bagi penunggang tegar yang nak teruskan perjalanan di dalam hujan, di sini aku kongsikan beberapa panduan berdasarkan pengalaman aku sendiri. (kalau ada sesiapa nak tambah, boleh letak di ruang komen ye).

1. Pakai pakaian yang sesuai untuk hari hujan. Jaket kalis air (kalau boleh daripada Gore Tex). Baju hujan hanya untuk kalis air tapi jaket boleh jadi 2 dalam 1. Kalis air dan tahan sejuk.
2. Pastikan tayar motosikal berada dalam keadaam terbaik terutama bunga tayar. Kalau rasa tayar tu botak, tak payah la bawak redah hujan. Sangat membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Rider Motogp pun tukar tayar kalau hujan bro.
3. Berhati-hati apabila meredah lopak air. Kadang-kadang nampak macam lopak air biasa je tapi rupa-rupanya ada lubang dalam di sebalik lopak air tu.
4. Perhatikan keadaan jalan terutama air yang berminyak. Air dan minyak tak bercampur jadi korang boleh nampak lapisan minyak pada air yang mengalir tu. Air yang berminyak boleh menyebabkan jalan menjadi licin.
5. Bawak pada kelajuan yang sesuai dengan keadaan hujan dan jalan licin. Jangan ikut kelajuan biasa korang bawak masa tak hujan. Jarak memberhentikan motosikal untuk jalan yang basah adalah lebih berbanding jalan kering. Pastikan jarak motosikal korang dengan kenderaan lain berada dalam jarak selamat.
6. Kalau hujan baru je bermula masa korang nak bawak motosikal, eloklah korang lepak dulu dalam sejam dua. Biar hujan lebat tu cuci dulu segala kotoran, minyak dan pasir yang ada di jalan raya. (tp kat KL kalau korang lambat memang duduk dalam banjir la, haha)
7. Pastikan korang mudah dilihat pemandu lain. Pakai la helmet dan jaket yang cerah, terutama waktu malam. Pakai jaket luminus pun ok jugak.
8. Rileks semasa menunggang walaupun badan terutama bahagian tangan sejuk macam nak kebas. Memakai leather glove atau waterproof glove mungkin boleh membantu.
9. Berhati-hati semasa nak berhenti di lampu isyarat atau simpang. Jalan yang basah boleh jadi licin. Salah letak kaki, korang akan masuk dalam statisitk jatuh bodoh (sila rujuk 15 cara untuk jatuh di sini).
10. Akhir sekali, jangan lupa simpan wallet, telefon pintar, tablet dan segala gajet dan peralatan elektronik korang di tempat yang selamat daripada basah. Tak pasal pulak kena beli baru karang. Box adalah pilihan terbaik di kalangan penunggang motosikal.

Itulah sekadar panduan yang boleh aku bagi. Sebagai penunggang motosikal memang kita tak dapat lari daripada menunggang di dalam hujan. Yang penting persediaan terbaik penunggang dan keadaan motosikal dalam menghadapi situasi hari hujan.

Ride Safe, Ride Hard.

Advertisements

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s