Mengenai Saya

Salam sejahtera semua. Blog ni aku wujudkan khas untuk bercerita mengenai dunia pemotoran terutama motosikal kuasa tinggi. Penat dan merasa susah mencari maklumat berkenaan motosikal kuasa tinggi versi Bahasa Melayu mencetuskan idea untuk aku buat blog ni. Mungkin aku mula agak lambat tapi kata orang tua-tua..’better late than never’.

Sembangmotor ialah singkatan kepada sembang motosikal yang bermaksud sembang atau berbincang mengenai motosikal. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘sembang’ bermaksud ‘perbualan, percakapan, berbual atau bercakap-cakap’ manakala ‘motosikal’ pula bermaksud ‘sejenis kenderaan beroda dua yang dijalankan dengan enjin’.

sembangmotor dipilih sebagai nama blog kerana konsep blog ni ialah santai dan sembang-sembang sahaja. Aku harap pembaca tidak mengangap apa yang terkandung di dalam blog ni adalah informasi atau fakta yang tepat mengenai sesuatu perkara. Aku lebih suka cara sembang dan santai untuk berbincang dan berkongsi minat pada motosikal kuasa tinggi dengan semua orang. Disebabkan konsepnya yang santai, bahasa yang digunakan juga terdapat pencampuran antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa percakapan harian. Selamat bersembang buat semua pembaca.

honda

4 comments

  1. Idea sembangmotor ni aku rasa ok jugk sbb aku pun baru nk minat psl mtor bsar ni.
    500cc / 600cc utk santai & kerjaya. Jenis/model tk tau lgi sbb bjet bru nk ajes. Harga pun x tau. Cdang nk yg bli bru sbb tk pndai psl motor klu bli yg trpkai. Apa pndangn & nasihat tuan!

    1. Dah lama tak singgah ke blog ni sejak bertukar tempat kerja. Terpulang pada Tuan Zahari. Kalau ada bajet, boleh je beli yg baru. Kurang pening kepala bab kondisi motor berbanding motor second.

Tinggalkan komen anda di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s