Teknik Mengangkat Motor

Motosikal kuasa tinggi memang terkenal dengan beratnya. Majoriti berat motosikal ni adalah lebih 150kg. Kalau jadi kes jatuh bodoh, memang pengsan la nak angkat balik kalau korang tak tahu teknik angkat motosikal yang betul. (more…)

Advertisements

Kisah Jatuh Bodoh

Siapa yang bawak motosikal kuasa tinggi mesti pernah ada pengalaman kes jatuh bodoh kan? Banyak orang rasa kes jatuh bodoh ni kes yang memalukan. Apatah lagi kalau jadi kat tempat orang ramai. Tapi sebenarnya 8 daripada 10 penunggang motosikal kuasa tinggi pernah mengalami peristiwa ni sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Jatuh Bodoh (more…)

Doa buat MH370

MAS-MH370

Semua rakyat Malaysia serta ahli keluarga anak kapal dan penumpang penerbangan MH370 Malaysia Airlines System (MAS) pastinya terkejut dan bersedih di atas tragedi yang menimpa kapal terbang tersebut.

Sehingga saat ini selepas lebih 24 jam MH370 hilang daripada radar, masih belum ada maklumat kukuh mengenai apa yang berlaku kepada kapal terbang tersebut. Semua diminta mendoakan keselamatan anak kapal dan penumpang MH370 dan jangan membuat sebarang spekulasi mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Operasi mencari masih lagi diteruskan dengan bantuan daripada pelbagai negara termasuk Vietnam, China, Singapura, Filipina, Australia, Amerika Syarikat dan Indonesia. Aku rasa ni antara operasi mencari terbesar dan melibatkan banyak negara yang pernah aku tahu berlaku di kawasan Asia Tenggara. Ini lah yang sepatutnya. Apabila berlaku tragedi dan sesebuah negara mengalami musibah, semua negara jiran tampil menawarkan bantuan dan sama-sama membantu.

MH370-Operasi

DOA BUAT SEMUA ANAK KAPAL DAN PENUMPANG. SEMOGA KESUDAHAN YANG BAIK.

Pray for the best, expect the worst.

Motosikal apa nak beli?

Selalu aku terdengar dan terbaca persoalan macam ni. Moto XX ni ok ke? Antara motor A dan motor B yang mana lagi best? Kebanyakkannya orang akan tanya top speed motosikal tu. Laju ke? Bro..nama pun motosikal kuasa tingi, mestilah laju. (tak kisah la berapa kmj tetapi tetap laju).  (more…)

Keselamatan Semasa Menunggang

Keselamatan semasa menunggang adalah faktor penting yang perlu difahami sebelum nak bawak motosikal. Sebab motosikal ni kecik dan pemandu kenderaan lain kadang-kadang tak perasan, motosikal selalu jadi mangsa. Dilanggar pun kena, melanggar pun kena. Sabor je la yob, sape suruh bawak motosikal. Kalau korang baru nak mula bawak motosikal terutama motosikal kuasa tinggi..baca checklist menunggang motosikal.   (more…)

Pre Ride Inspection Checklist

Korang dah ada motosikal kuasa tinggi? Baru first time nak bawak? Jom baca dulu pre ride inspection checklist ni. Yang dah biasa bawak pun boleh baca. Tak salah pun. Tips ni aku dapat daripada Motorcycle Safety Foundation (MSF). MSF ni badan yang mengendalikan latihan dan kursus untuk yang baru nak belajar menunggang  motosikal kuasa tinggi di US. Aku rasa kita pun patut ada sekolah memandu khas macam ni yang mengajar khusus kepada penunggang motosikal kuasa besar. Fokus kepada teknik tunggangan, pengendalian dan keselamatan. (more…)

Ada apa dengan Top Speed

Ada apa dengan top speed?

Soalan yang selalu sangat orang tanya. Berapa top speed motor ni? Motor ni laju tak? Top speed motor A dgn motor B mana lagi tinggi? Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang bertanyakan soalan ni. Aku faham la sesetengah orang memang hormon adrenalin dia tinggi. Suka pada kelajuan. Asal ada motosikal baru ja mesti nak test top speed.

(more…)