brek

Jenis-jenis helmet

jenis helmet
Percaya atau tidak, masih ramai lagi penunggang di luar sana yang tak tahu membezakan jenis helmet. Kadang-kadang tu ada yang main belasah pakai sebab nampak bergaya dan cantik. Kalau nak tahu pasal jenis-jenis helmet, jom baca kat sini.

OPEN FACE. Helmet yang paling glamer dan paling ramai orang pakai di Malaysia. Aku pun pernah pakai helmet jenis ni masa menunggang EX5 dulu. Ada juga yang panggil ¾ helmet. Perlindungan di bahagian kepala dengan visor sebagai perlindungan di muka. Ada juga open face yang tidak mempunyai visor. Bahagian dagu agak terdedah kepada hentakan jika terjatuh.

FULL FACE. Helmet yang memberi perlindungan di seluruh bahagian kepala terutama di bahagian dagu dan muka. Mempunyai visor dan ruang pengudaraan bagi mengurangkan kepanasan di dalam helmet.

FLIP UP/MODULAR. Berada di tengah-tengah antara FULL FACE dan OPEN FACE. Apabila di pakai penuh, rupanya sama seperti FULL FACE dengan perlindungan pada bahagian kepala, muka dan dagu. Kelebihannya ialah pada bahagian dagu yang boleh dibuka sama seperti helmet OPEN FACE.

DUAL PURPOSE. Helmet dua alam. Boleh digunakan di jalan raya atau off road. Rupanya hampir menyamai helmet FULL FACE. Rekabentuknya sedikit berlainan sebab selalunya orang pakai helmet ni dengan goggle. Ada juga yang dah siap dipasang visor.

HALF. Orang panggil helmet steng. Ada juga yang panggil helmet kura-kura. Sangat popular di kalangan penunggang ‘easy rider’. Helmet paling tak selamat kerana hanya memberi perlindungan di bahagian atas kepala sahaja. Bahagian belakang, muka dan dagu tidak mempunyai perlindungan.

Apa jua helmet yang korang pakai, tentukan helmet tersebut selamat untuk digunakan. Ketahui piawaian keselamatan helmet di post ini. >> Piawaian Keselamatan dan Pemakaian Helmet

Ride Hard, Ride Safe

Sumber: Gambar – internet.
Maklumat – The Consumer Rating and Assessment of Safety Helmets (CRASH), New South Wales

15 cara anda boleh jatuh motosikal

Kalau dah nama pun dua roda, tak dapat tidak satu masa mesti jatuh jugak kan? Samada jatuh yang serius atau jatuh bodoh, tetap meninggalkan kesan secara fizikal (pada korang atau motosikal korang) dan mental. Di sini aku senaraikan 15 cara korang mungkin boleh jatuh motosikal.

  1. Tergelincir semasa nak berhenti di kawasan berlubang, berminyak atau berbatu.
  2. Brek mengejut.
  3. Terlupa nak turunkan tongkat semasa turun daripada motosikal.
  4. Terlupa nak free kan gear, lepas tu terus start motosikal.
  5. Start motosikal, masuk gear terus pulas minyak. Terlupa mangga yang korang pasang kat rim.
  6. Terbabas ke kawasan rumput masa amik selekoh.
  7. Di lampu isyarat, korang angkat kaki dan pulas minyak kononnye nak ram laju…rupa-rupanya motosikal dalam gear Neutral.
  8. Tali kasut tersangkut pada pemijak atau gear shifter semasa nak berhenti.
  9. Hilang keseimbangan badan semasa nak berhenti.
  10. Semasa dalam keadaan pegun, cuba untuk melihat ke bawah tanpa sedar motosikal dah semakin senget.
  11. Tertidur semasa menunggang disebabkan mengantuk atau keletihan.
  12. Membelok di kawasan berpasir/berminyak.
  13. Hilang keseimbangan badan semasa cuba untuk meletakkan/menurunkan motosikal daripada center stand.
  14. Parking di kawasan lereng bukit. Side stand di sebelah yang lebih tinggi.
  15. Tak fokus pada tunggangan sebab terlalu leka tengok speedometer.

Ada banyak lagi cara yang korang tak terpikir untuk jatuh. Aku hanya bagi 15 je. Kalau korang ada pengalaman jatuh yang lain, sudi-sudikanlah berkongsi di ruangan komen. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan peringatan dan panduan kepada orang lain.

Ride Hard, Ride Safe.

Pre Ride Inspection Checklist

Korang dah ada motosikal kuasa tinggi? Baru first time nak bawak? Jom baca dulu pre ride inspection checklist ni. Yang dah biasa bawak pun boleh baca. Tak salah pun. Tips ni aku dapat daripada Motorcycle Safety Foundation (MSF). MSF ni badan yang mengendalikan latihan dan kursus untuk yang baru nak belajar menunggang  motosikal kuasa tinggi di US. Aku rasa kita pun patut ada sekolah memandu khas macam ni yang mengajar khusus kepada penunggang motosikal kuasa besar. Fokus kepada teknik tunggangan, pengendalian dan keselamatan. (more…)

Pengenalan kepada motosikal

Pengenalan kepada motosikal adalah lebih kepada untuk memperkenalkan motosikal kuasa tinggi kepada sesiapa yang masih belum arif dengan motosikal jenis ni. Sebenarnya sedikit sahaja perbezaan secara fizikal antara motosikal klac dan motosikal kapcai (moped) macam Honda EX5 tu. (more…)