jenis-jenis motor

Jenis-jenis helmet

jenis helmet
Percaya atau tidak, masih ramai lagi penunggang di luar sana yang tak tahu membezakan jenis helmet. Kadang-kadang tu ada yang main belasah pakai sebab nampak bergaya dan cantik. Kalau nak tahu pasal jenis-jenis helmet, jom baca kat sini.

OPEN FACE. Helmet yang paling glamer dan paling ramai orang pakai di Malaysia. Aku pun pernah pakai helmet jenis ni masa menunggang EX5 dulu. Ada juga yang panggil ¾ helmet. Perlindungan di bahagian kepala dengan visor sebagai perlindungan di muka. Ada juga open face yang tidak mempunyai visor. Bahagian dagu agak terdedah kepada hentakan jika terjatuh.

FULL FACE. Helmet yang memberi perlindungan di seluruh bahagian kepala terutama di bahagian dagu dan muka. Mempunyai visor dan ruang pengudaraan bagi mengurangkan kepanasan di dalam helmet.

FLIP UP/MODULAR. Berada di tengah-tengah antara FULL FACE dan OPEN FACE. Apabila di pakai penuh, rupanya sama seperti FULL FACE dengan perlindungan pada bahagian kepala, muka dan dagu. Kelebihannya ialah pada bahagian dagu yang boleh dibuka sama seperti helmet OPEN FACE.

DUAL PURPOSE. Helmet dua alam. Boleh digunakan di jalan raya atau off road. Rupanya hampir menyamai helmet FULL FACE. Rekabentuknya sedikit berlainan sebab selalunya orang pakai helmet ni dengan goggle. Ada juga yang dah siap dipasang visor.

HALF. Orang panggil helmet steng. Ada juga yang panggil helmet kura-kura. Sangat popular di kalangan penunggang ‘easy rider’. Helmet paling tak selamat kerana hanya memberi perlindungan di bahagian atas kepala sahaja. Bahagian belakang, muka dan dagu tidak mempunyai perlindungan.

Apa jua helmet yang korang pakai, tentukan helmet tersebut selamat untuk digunakan. Ketahui piawaian keselamatan helmet di post ini. >> Piawaian Keselamatan dan Pemakaian Helmet

Ride Hard, Ride Safe

Sumber: Gambar – internet.
Maklumat – The Consumer Rating and Assessment of Safety Helmets (CRASH), New South Wales

Advertisements

Apa Nak Buat Bila Tayar Motosikal Pancit

Pernah tak berlaku tayar motosikal pancit masa tengah bawak? Pernah berlaku pada aku tapi masa tu bawak slow je. Jadi, takdela kesan sangat. Kalau tengah laju, mungkin bermasalah dan berbahaya sikit.

Bila berlaku tayar pancit, kita kena bertindak cepat untuk memastikan keseimbangan motosikal. Kadang-kadang tayar motosikal pancit kita tak sedar pun tapi kita boleh rasa motosikal kita lain macam. Rasa macam goyang-goyang sikit. Kalau tayar depan yang pancit, agak bahaya sikit sebab melibatkan steering/handling. Korang akan rasa handle tu rasa berat nak pusing ke kiri kanan. Kalau tayar belakang yang pancit, korang akan rasa goyang macam tayar geylong (betul ke aku eja ni?)

Kalau korang mengalami pancit tayar depan masa tengah bawak motosikal, pertama sekali pegang handle bar tu kuat-kuat dan cuba kekalkan arah motosikal tu ke arah lurus. Pindahkan berat badan korang ke tayar belakang. Jangan gunakan brek. Lepaskan throttle perlahan-lahan, bagi isyarat ke kiri kemudian rapatkan motosikal korang ke kiri jalan. Gunakan brek belakang untuk memberhentikan motosikal.

Kalau tayar belakang pulak, kekalkan posisi badan korang. Jangan gunakan brek. Lepaskan throttle perlahan-lahan. Bagi isyarat ke kiri kemudian rapatkan motosikal korang ke kiri jalan. Gunakan brek depan untuk memberhentikan motosikal.

Bila dah berhenti, pastikan korang nyalakan lampu untuk memberi amaran kepada kenderaan yang lalu lalang. Kalau korang ada tools dan berkemahiran, bolehla korang repair sendiri tayar korang yang pancit tu (bergantung jugak kepada tahap teruk pancit tu). Kalau tak berkemahiran, korang call la kawan-kawan atau sesiapa untuk dapatkan bantuan.

 

 

Jenis-jenis motosikal yang anda perlu tahu

Pertama-tama sekali kalau kita nak kenal @ belajar pasal motosikal ni, kita kenalah kenal jenis-jenis motosikal tu dulu, ye tak? Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, jatuh cinta barulah semangat nak beli motosikal tu datang (walaupun harganya mahal yang amat). (more…)