naik motor besar

Panduan Memilih Helmet

Masih bersembang mengenai helmet khususnya helmet full face. Sila baca piawaian keselamatan helmet terlebih dahulu.

Orang kata kalau kita beli helmet RM50, maknanya harga kepala kita pun RM50. Lagi mahal helmet, lagi tinggi kadar pelindungan yang diberikan. Secara peribadi, harga dan tahap keselamatan adalah dua perkara berbeza. Tak semestinya helmet yang mahal lebih selamat berbanding helmet yang berharga sederhana mahal. (more…)

Piawaian keselamatan dan pemakaian helmet

Memakai helmet (topi keledar) semasa menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi penunggang motosikal di Malaysia. Undang-undang mewajibkan pemakaian helmet telah dikuatkuasakan pada awal tahun 70an. Ada juga negara yang tidak mewajibkan pemakaian helmet semasa menunggang (mungkin kepala diaorang keras kot). Keras macam mana pun, helmet adalah pelindung utama jika berlaku kemalangan.

 

motor_tanpa_helmet

Gambar Hiasan

(more…)

600cc vs 1000cc

Jom kita sembang pasal cc motosikal. Kali ni topik yang nak disembangkan ialah mengenai motosikal 600cc vs 1000cc. Ramai juga riders yang bertanya…yang mana bagus, 600cc atau 1000cc?

Aku takde pengalaman bawak motosikal 600cc jadi aku pun buat la bacaan serba sedikit dalam internet melalui forum dan web luar negara. Kesimpulan daripada pembacaan aku, bagus atau tidak adalah subjektif kepada setiap individu. Banyak faktor yang mempengaruhi prestasi sesuatu jentera motosikal itu.

600vs1000 (more…)

Apa Nak Buat Bila Tayar Motosikal Pancit

Pernah tak berlaku tayar motosikal pancit masa tengah bawak? Pernah berlaku pada aku tapi masa tu bawak slow je. Jadi, takdela kesan sangat. Kalau tengah laju, mungkin bermasalah dan berbahaya sikit.

Bila berlaku tayar pancit, kita kena bertindak cepat untuk memastikan keseimbangan motosikal. Kadang-kadang tayar motosikal pancit kita tak sedar pun tapi kita boleh rasa motosikal kita lain macam. Rasa macam goyang-goyang sikit. Kalau tayar depan yang pancit, agak bahaya sikit sebab melibatkan steering/handling. Korang akan rasa handle tu rasa berat nak pusing ke kiri kanan. Kalau tayar belakang yang pancit, korang akan rasa goyang macam tayar geylong (betul ke aku eja ni?)

Kalau korang mengalami pancit tayar depan masa tengah bawak motosikal, pertama sekali pegang handle bar tu kuat-kuat dan cuba kekalkan arah motosikal tu ke arah lurus. Pindahkan berat badan korang ke tayar belakang. Jangan gunakan brek. Lepaskan throttle perlahan-lahan, bagi isyarat ke kiri kemudian rapatkan motosikal korang ke kiri jalan. Gunakan brek belakang untuk memberhentikan motosikal.

Kalau tayar belakang pulak, kekalkan posisi badan korang. Jangan gunakan brek. Lepaskan throttle perlahan-lahan. Bagi isyarat ke kiri kemudian rapatkan motosikal korang ke kiri jalan. Gunakan brek depan untuk memberhentikan motosikal.

Bila dah berhenti, pastikan korang nyalakan lampu untuk memberi amaran kepada kenderaan yang lalu lalang. Kalau korang ada tools dan berkemahiran, bolehla korang repair sendiri tayar korang yang pancit tu (bergantung jugak kepada tahap teruk pancit tu). Kalau tak berkemahiran, korang call la kawan-kawan atau sesiapa untuk dapatkan bantuan.

 

 

Kisah Jatuh Bodoh

Siapa yang bawak motosikal kuasa tinggi mesti pernah ada pengalaman kes jatuh bodoh kan? Banyak orang rasa kes jatuh bodoh ni kes yang memalukan. Apatah lagi kalau jadi kat tempat orang ramai. Tapi sebenarnya 8 daripada 10 penunggang motosikal kuasa tinggi pernah mengalami peristiwa ni sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Jatuh Bodoh (more…)

Motosikal apa nak beli?

Selalu aku terdengar dan terbaca persoalan macam ni. Moto XX ni ok ke? Antara motor A dan motor B yang mana lagi best? Kebanyakkannya orang akan tanya top speed motosikal tu. Laju ke? Bro..nama pun motosikal kuasa tingi, mestilah laju. (tak kisah la berapa kmj tetapi tetap laju).  (more…)

Ada apa dengan Top Speed

Ada apa dengan top speed?

Soalan yang selalu sangat orang tanya. Berapa top speed motor ni? Motor ni laju tak? Top speed motor A dgn motor B mana lagi tinggi? Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang bertanyakan soalan ni. Aku faham la sesetengah orang memang hormon adrenalin dia tinggi. Suka pada kelajuan. Asal ada motosikal baru ja mesti nak test top speed.

(more…)

Checklist menunggang motosikal

Kalau korang baru pertama kali nak cuba menunggang mototsikal kuasa tinggi (lebih 250cc), korang baca checklist menunggang motosikal ni dulu. Kalau korang dah faham semua dalam checklist ni, maknanya korang dah bersedia untuk menunggang buat kali pertama.

(more…)

Jenis-jenis motosikal yang anda perlu tahu

Pertama-tama sekali kalau kita nak kenal @ belajar pasal motosikal ni, kita kenalah kenal jenis-jenis motosikal tu dulu, ye tak? Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, jatuh cinta barulah semangat nak beli motosikal tu datang (walaupun harganya mahal yang amat). (more…)

Pengenalan

Cubaan pertama aku untuk mewujudkan blog khas yang bercerita mengenai motosikal khususnya motosikal kuasa tinggi. Fokus aku lebih kepada pengenalan, pengendalian, senggaraan, keselamatan dan lain-lain perkara yang melibatkan motosikal kuasa tinggi. Aku tengok tak banyak blog di Malaysia yang bercerita mengenai motosikal kuasa tinggi. Kebanyakkannya lebih kepada berita mengenai motosikal atau kisah ride dan TTS. Jadi, aku harap aku dapat wujudkan satu blog untuk bercerita pasal motosikal dari sudut pandangan aku…seorang newbie. (more…)