pancit kena paku

Apa Nak Buat Bila Tayar Motosikal Pancit

Pernah tak berlaku tayar motosikal pancit masa tengah bawak? Pernah berlaku pada aku tapi masa tu bawak slow je. Jadi, takdela kesan sangat. Kalau tengah laju, mungkin bermasalah dan berbahaya sikit.

Bila berlaku tayar pancit, kita kena bertindak cepat untuk memastikan keseimbangan motosikal. Kadang-kadang tayar motosikal pancit kita tak sedar pun tapi kita boleh rasa motosikal kita lain macam. Rasa macam goyang-goyang sikit. Kalau tayar depan yang pancit, agak bahaya sikit sebab melibatkan steering/handling. Korang akan rasa handle tu rasa berat nak pusing ke kiri kanan. Kalau tayar belakang yang pancit, korang akan rasa goyang macam tayar geylong (betul ke aku eja ni?)

Kalau korang mengalami pancit tayar depan masa tengah bawak motosikal, pertama sekali pegang handle bar tu kuat-kuat dan cuba kekalkan arah motosikal tu ke arah lurus. Pindahkan berat badan korang ke tayar belakang. Jangan gunakan brek. Lepaskan throttle perlahan-lahan, bagi isyarat ke kiri kemudian rapatkan motosikal korang ke kiri jalan. Gunakan brek belakang untuk memberhentikan motosikal.

Kalau tayar belakang pulak, kekalkan posisi badan korang. Jangan gunakan brek. Lepaskan throttle perlahan-lahan. Bagi isyarat ke kiri kemudian rapatkan motosikal korang ke kiri jalan. Gunakan brek depan untuk memberhentikan motosikal.

Bila dah berhenti, pastikan korang nyalakan lampu untuk memberi amaran kepada kenderaan yang lalu lalang. Kalau korang ada tools dan berkemahiran, bolehla korang repair sendiri tayar korang yang pancit tu (bergantung jugak kepada tahap teruk pancit tu). Kalau tak berkemahiran, korang call la kawan-kawan atau sesiapa untuk dapatkan bantuan.