selamat

Panduan Memilih Helmet

Masih bersembang mengenai helmet khususnya helmet full face. Sila baca piawaian keselamatan helmet terlebih dahulu.

Orang kata kalau kita beli helmet RM50, maknanya harga kepala kita pun RM50. Lagi mahal helmet, lagi tinggi kadar pelindungan yang diberikan. Secara peribadi, harga dan tahap keselamatan adalah dua perkara berbeza. Tak semestinya helmet yang mahal lebih selamat berbanding helmet yang berharga sederhana mahal. (more…)

Jenis-jenis helmet

jenis helmet
Percaya atau tidak, masih ramai lagi penunggang di luar sana yang tak tahu membezakan jenis helmet. Kadang-kadang tu ada yang main belasah pakai sebab nampak bergaya dan cantik. Kalau nak tahu pasal jenis-jenis helmet, jom baca kat sini.

OPEN FACE. Helmet yang paling glamer dan paling ramai orang pakai di Malaysia. Aku pun pernah pakai helmet jenis ni masa menunggang EX5 dulu. Ada juga yang panggil ¾ helmet. Perlindungan di bahagian kepala dengan visor sebagai perlindungan di muka. Ada juga open face yang tidak mempunyai visor. Bahagian dagu agak terdedah kepada hentakan jika terjatuh.

FULL FACE. Helmet yang memberi perlindungan di seluruh bahagian kepala terutama di bahagian dagu dan muka. Mempunyai visor dan ruang pengudaraan bagi mengurangkan kepanasan di dalam helmet.

FLIP UP/MODULAR. Berada di tengah-tengah antara FULL FACE dan OPEN FACE. Apabila di pakai penuh, rupanya sama seperti FULL FACE dengan perlindungan pada bahagian kepala, muka dan dagu. Kelebihannya ialah pada bahagian dagu yang boleh dibuka sama seperti helmet OPEN FACE.

DUAL PURPOSE. Helmet dua alam. Boleh digunakan di jalan raya atau off road. Rupanya hampir menyamai helmet FULL FACE. Rekabentuknya sedikit berlainan sebab selalunya orang pakai helmet ni dengan goggle. Ada juga yang dah siap dipasang visor.

HALF. Orang panggil helmet steng. Ada juga yang panggil helmet kura-kura. Sangat popular di kalangan penunggang ‘easy rider’. Helmet paling tak selamat kerana hanya memberi perlindungan di bahagian atas kepala sahaja. Bahagian belakang, muka dan dagu tidak mempunyai perlindungan.

Apa jua helmet yang korang pakai, tentukan helmet tersebut selamat untuk digunakan. Ketahui piawaian keselamatan helmet di post ini. >> Piawaian Keselamatan dan Pemakaian Helmet

Ride Hard, Ride Safe

Sumber: Gambar – internet.
Maklumat – The Consumer Rating and Assessment of Safety Helmets (CRASH), New South Wales

Piawaian keselamatan dan pemakaian helmet

Memakai helmet (topi keledar) semasa menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi penunggang motosikal di Malaysia. Undang-undang mewajibkan pemakaian helmet telah dikuatkuasakan pada awal tahun 70an. Ada juga negara yang tidak mewajibkan pemakaian helmet semasa menunggang (mungkin kepala diaorang keras kot). Keras macam mana pun, helmet adalah pelindung utama jika berlaku kemalangan.

 

motor_tanpa_helmet

Gambar Hiasan

(more…)