top speed

Jenis-jenis helmet

jenis helmet
Percaya atau tidak, masih ramai lagi penunggang di luar sana yang tak tahu membezakan jenis helmet. Kadang-kadang tu ada yang main belasah pakai sebab nampak bergaya dan cantik. Kalau nak tahu pasal jenis-jenis helmet, jom baca kat sini.

OPEN FACE. Helmet yang paling glamer dan paling ramai orang pakai di Malaysia. Aku pun pernah pakai helmet jenis ni masa menunggang EX5 dulu. Ada juga yang panggil ¾ helmet. Perlindungan di bahagian kepala dengan visor sebagai perlindungan di muka. Ada juga open face yang tidak mempunyai visor. Bahagian dagu agak terdedah kepada hentakan jika terjatuh.

FULL FACE. Helmet yang memberi perlindungan di seluruh bahagian kepala terutama di bahagian dagu dan muka. Mempunyai visor dan ruang pengudaraan bagi mengurangkan kepanasan di dalam helmet.

FLIP UP/MODULAR. Berada di tengah-tengah antara FULL FACE dan OPEN FACE. Apabila di pakai penuh, rupanya sama seperti FULL FACE dengan perlindungan pada bahagian kepala, muka dan dagu. Kelebihannya ialah pada bahagian dagu yang boleh dibuka sama seperti helmet OPEN FACE.

DUAL PURPOSE. Helmet dua alam. Boleh digunakan di jalan raya atau off road. Rupanya hampir menyamai helmet FULL FACE. Rekabentuknya sedikit berlainan sebab selalunya orang pakai helmet ni dengan goggle. Ada juga yang dah siap dipasang visor.

HALF. Orang panggil helmet steng. Ada juga yang panggil helmet kura-kura. Sangat popular di kalangan penunggang ‘easy rider’. Helmet paling tak selamat kerana hanya memberi perlindungan di bahagian atas kepala sahaja. Bahagian belakang, muka dan dagu tidak mempunyai perlindungan.

Apa jua helmet yang korang pakai, tentukan helmet tersebut selamat untuk digunakan. Ketahui piawaian keselamatan helmet di post ini. >> Piawaian Keselamatan dan Pemakaian Helmet

Ride Hard, Ride Safe

Sumber: Gambar – internet.
Maklumat – The Consumer Rating and Assessment of Safety Helmets (CRASH), New South Wales

Piawaian keselamatan dan pemakaian helmet

Memakai helmet (topi keledar) semasa menunggang motosikal adalah perkara wajib bagi penunggang motosikal di Malaysia. Undang-undang mewajibkan pemakaian helmet telah dikuatkuasakan pada awal tahun 70an. Ada juga negara yang tidak mewajibkan pemakaian helmet semasa menunggang (mungkin kepala diaorang keras kot). Keras macam mana pun, helmet adalah pelindung utama jika berlaku kemalangan.

 

motor_tanpa_helmet

Gambar Hiasan

(more…)

600cc vs 1000cc

Jom kita sembang pasal cc motosikal. Kali ni topik yang nak disembangkan ialah mengenai motosikal 600cc vs 1000cc. Ramai juga riders yang bertanya…yang mana bagus, 600cc atau 1000cc?

Aku takde pengalaman bawak motosikal 600cc jadi aku pun buat la bacaan serba sedikit dalam internet melalui forum dan web luar negara. Kesimpulan daripada pembacaan aku, bagus atau tidak adalah subjektif kepada setiap individu. Banyak faktor yang mempengaruhi prestasi sesuatu jentera motosikal itu.

600vs1000 (more…)

Panduan Menunggang Di Waktu Malam

Menunggang di waktu malam memang seronok sebab kereta tak banyak. Cuaca pun sejuk sikit berbanding siang. Tapi waktu malam mengundang risikonya yang tersendiri. Cuaca yang gelap kadang-kadang buat kita susah nak nampak keadaan jalan dan pengguna jalan raya lain pun susah nak nampak kita.

motor malam

Paling penting jika menunggang waktu malam, korang kena pastikan korang nampak apa yang ada di depan. Keadaan permukaan jalan raya, kiri dan kanan jalan serta kenderaan yang datang dari depan dan belakang. Jangan pakai helmet dengan tinted visor atau visor yang dah bercalar. Visor macam ni boleh mengganggu pandangan mata korang. (more…)

Kisah Jatuh Bodoh

Siapa yang bawak motosikal kuasa tinggi mesti pernah ada pengalaman kes jatuh bodoh kan? Banyak orang rasa kes jatuh bodoh ni kes yang memalukan. Apatah lagi kalau jadi kat tempat orang ramai. Tapi sebenarnya 8 daripada 10 penunggang motosikal kuasa tinggi pernah mengalami peristiwa ni sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Jatuh Bodoh (more…)

Motosikal apa nak beli?

Selalu aku terdengar dan terbaca persoalan macam ni. Moto XX ni ok ke? Antara motor A dan motor B yang mana lagi best? Kebanyakkannya orang akan tanya top speed motosikal tu. Laju ke? Bro..nama pun motosikal kuasa tingi, mestilah laju. (tak kisah la berapa kmj tetapi tetap laju).  (more…)

Keselamatan Semasa Menunggang

Keselamatan semasa menunggang adalah faktor penting yang perlu difahami sebelum nak bawak motosikal. Sebab motosikal ni kecik dan pemandu kenderaan lain kadang-kadang tak perasan, motosikal selalu jadi mangsa. Dilanggar pun kena, melanggar pun kena. Sabor je la yob, sape suruh bawak motosikal. Kalau korang baru nak mula bawak motosikal terutama motosikal kuasa tinggi..baca checklist menunggang motosikal.   (more…)

Ada apa dengan Top Speed

Ada apa dengan top speed?

Soalan yang selalu sangat orang tanya. Berapa top speed motor ni? Motor ni laju tak? Top speed motor A dgn motor B mana lagi tinggi? Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang bertanyakan soalan ni. Aku faham la sesetengah orang memang hormon adrenalin dia tinggi. Suka pada kelajuan. Asal ada motosikal baru ja mesti nak test top speed.

(more…)