Panduan Membeli Motosikal Terpakai

Membeli motosikal terpakai lebih kurang sama juga dengan membeli kereta terpakai. Harga pun boleh kata hampir sama. Lepas korang dah tahu nak beli motosikal apa, (kalau tak faham, sila baca jenis-jenis motosikal ni dulu), boleh pergi test ride (kalau boleh test ride la) di kedai motosikal berdekatan rumah korang. Selain daripada harga, ada beberapa perkara yang perlu korang pertimbangkan sebelum buat keputusan nak beli.

Pertama sekali tanya diri sendiri apa korang nak buat dengan motosikal tu. Boleh baca post motor apa nak beli. Adakah korang nak pakai kat track, ulang alik pergi kerja, weekend bike dan lain-lain. Setiap jenis motosikal ada fungsinya tersendiri. Korang mungkin suka Honda CBR1000R Fireblade, tapi tujuan korang beli motosikal sebab nak pakai ulang alik kerja di KL. Mungkin agak kurang sesuai sebab ergonomik motosikal tu dengan jalan sesak boleh menyebabkan korang sakit pergelangan tangan dan pinggang.

Buat kajian terlebih dahulu mengenai sejarah motosikal yang korang nak beli. Kadang-kadang motosikal tu mungkin ada banyak masalah yang menyebabkan ramai owner jual motosikal tersebut. Korang kena buat kajian, bacaan dan bertanya untuk memastikan korang tak terbeli motosikal yang bermasalah.

Kalau nak membeli motosikal terpakai. belilah di kedai yang berdaftar. Beli dengan orang tak salah tapi kena lebih berhati-hati. Kalau ada apa-apa masalah, kerosakan atau kena tipu duit korang jugak yang terbang. Dah banyak kali terjadi kes beli motosikal dengan orang lain, lepas bayar down payment..terus hilang. Hati-hati juga jangan sampai tertipu dengan motosikal curi atau lari dari finance. Kang tak pasal bank angkut motosikal korang plak.

Kalau beli di kedai, periksa sendiri keadaan motosikal tu. Bawak kawan yang pandai mengenai motosikal kalau korang tak konfiden dan jangan lupa bawak lampu suluh. Apa benda yang nak kena periksa?

Periksa keseluruhan motosikal terutama frame. Tengok kalau ada sebarang tanda karat, kesan bengkok atau retak. Boleh guna lampu suluh untuk tengok frame pada bahagian bawah seat motosikal. Tanda karat, bengkok atau retak pada frame tanda yang tak bagus. Jangan beli motosikal tu. Kalau boleh, mintak orang kedai tu bukak seat dan tengok melalui situ.

Duduk atas motosikal tu, cuba rasa sendiri. Selesa ke tak. Kalau duduk pun dah tak selesa, lupakanlah motosikal tu. Cuba rasa kedudukan tangan korang. Bayangkan korang tengah menunggang masa tu. Selesa ke lenguh? Cuba tarik klac dengan brek tangan.. Perhatikan bar handle tu, ada tak tanda-tanda macam pernah bengkok atau lain-lain defect. Tarik brek tangan dan cuba goyangkan motosikal tu untuk test suspension depan. Lepas tu tengok ada tak leaking pada fork depan.

Periksa rantai dan sprocket. Boleh tengok buku manual motosikal tu untuk tahu kadar ketegangan rantai motosikal tu. Tengok gigi sprocket pulak. Kalau tajam semacam je, maknanya sprocket tu dah nak kena tukar.
Tayar motosikal sepatutnya mempunyai bunga tayar yang baik. Bunga tayar mestilah penuh atau pada kadar peratus bunga yang berpatutan. Jangka hayat tayar selalunya 2 tahun. Pastikan korang tengok jangka hayat tayar motosikal tu.

Seterusnya periksa tangki minyak. Guna lampu suluh (bukan mancis atau lighter) untuk tengok keadaan dalam tangki, Ada tak kesan karat atau hakisan yang sangat teruk dalam tangki tu. Korang mesti tak nak beli motosikal dengan tangki minyak bocor kan?

Semasa test ride (kalau boleh la), test brek tangan dan kaki. Bila memecut dan naikkan gear, cuba rasa ada tak sebarang gegaran, smooth atau tak. Cuba hayun ke kiri dan ke kanan, rasa respon motosikal tu. Sepatutnya motosikal akan kekal stabil. Kemudian cuba dengar bunyi enjin (masa ni lah kawan korang yang pandai tu perlu digunakan). Dengar bunyi enjin semasa sejuk, kemudian semasa enjin dah panas (selepas test ride). Cuba dengar ada tak bunyi yang tak sepatutnya korang dengar. Lepas tu periksa keadaan motosikal selepas test ride. Tengok kalau ada sebarang kebocoran pada motosikal tu.

Buku servis boleh menceritakan sejarah motosikal tu. Sama ada di servis sendiri oleh pemilik yang lama atau dihantar ke kedai servis bertauliah secara berkala. Pastikan juga geran motosikal adalah geran asli, bukannya geran tiruan. Boleh cek dgn JPJ keaslian sesuatu geran.

Akhir sekali, untuk membeli motosikal terpakai korang kena betul-betul puas hati dengan keadaan motosikal tu,. Lepas tu pandai-pandailah korang nego harga dengan tokey kedai. Jangan lupa mintak buku manual dengan tools untuk motosikal tu sekali.

Four wheels move the body, two wheels move the soul

5 comments

Leave a reply to sembangmotor Cancel reply